PETALING JAYA – Seperti tiada lagi rahsia, bekas anggota kumpula Dolla, Syasya kembali menjadi buah mulut ramai selepas tular video memaparkan ‘baby bumpnya‘ yang semakin membesar.
Masih mengunci mulut, Syasya atau nama penuhnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, tidak lagi menyorokkan bahagian perut atau ‘baby bump’ menerusi video yang dimuatnaiknya dalam Instagram semalam.
Menerusi video sama, dia yang memakai set baju renang dipimpin suaminya, Nasrullah Mohd. Sapie ketika berjalan di dalam air.
Perkongsian yang tular tersebut sekali lagi mengundang ucapan tahniah netizen, masing-masing berharap Syasya dapat mengesahkan perkara tersebut.
“Semakin besar perut Syasya, tak boleh sorok lagi. Harap kongsi berita gembira dengan peminat.
Wah! ‘Baby bump’ semakin jelas. Tahniah Syasya dan suami,” komen netizen.
Khabar angin mengenai dia sedang hamil bukan perkara baharu kerana bulan lalu dia turut dihujani ucapan tahniah daripada netizen apabila ramai mendakwa kelihatan ketara bentuk ‘baby bump’ dalam foto yang dikongsinya.
Pada Jun lalu, Syasya pernah menafikan khabar angin dia sudah berbadan dua sebaliknya ‘baby bump’ yang didakwa ramai itu hanyalah perut buncit dan pertambahan berat badan.
Terdahulu, Syasya melangsungkan pernikahan dengan Nasrullah dalam majlis tertutup yang berlangsung pada 21 April lalu.
Sebelum itu, pada 8 April lalu Syasya yang juga cucu kepada dramatis Rozie Othman lebih dulu mencetuskan kejutan apabila membuat pengumuman mengundur daripada Dolla atas alasan peribadi. – KOSMO! ONLINE