fbpx

Penduduk Jepun buat pembelian panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMBERITAHUAN mengenai pencatuan air mineral dan minuman dipasang di sebuah pasar raya di Tokyo kelmarin. - AFP

TOKYO – Pihak berkuasa Jepun menggesa orang ramai supaya mengelak daripada membuat pembelian panik berikutan kebimbangan gempa bumi berskala mega akan berlaku, lapor laman berita Channel News Asia. 

Dalam nasihat pertamanya, sebuah agensi kaji cuaca berkata, gempa bumi besar berkemungkinan besar akan berlaku susulan gegaran sekuat 7.1 magnitud di selatan negara itu pada Khamis lalu sehingga menyebabkan 14 orang cedera.

Semalam, sebuah pasar raya mengeluarkan pemberitahuan bagi memohon maaf kepada pelanggan berikutan kekurangan produk tertentu yang dikaitkan dengan laporan media berkaitan gempa bumi.

“Peraturan sekatan jualan akan dikeluarkan,” kata notis itu sambil menambah, air botol turut dicatu kerana ia menerima bekalan yang tidak stabil.

Pada pagi semalam, laman web e-dagang Jepun, Rakuten menyatakan bahawa tandas mudah alih, makanan yang diproses dan air botol mendahului senarai barangan yang paling dicari.

Beberapa peruncit di sepanjang pantai Pasifik juga melaporkan bekalan berkaitan bencana berada dalam permintaan tinggi, lapor media tempatan.

Susulan keadaan itu, Kementerian Pertanian dan Perikanan Jepun menggesa orang ramai agar mengelak daripada membeli terlalu banyak barangan untuk dijadikan stok simpanan masing-masing.

Jepun sebelum ini menyatakan, kebarangkalian gempa bumi mega menggegarkan negara itu dalam masa 30 tahun adalah sekitar 70 peratus. Gempa dahsyat itu boleh mengancam 300,000 nyawa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI