fbpx

Pemancing wanita maut dan tiga hilang, bot dirempuh tongkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot dinaiki tujuh pemancing yang karam akibat dirempuh sebuah tongkang di perairan Kuala Kemaman, hari ini.

KEMAMAN – Keriangan sembilan pemancing termasuk tiga wanita keluar memancing berakhir tragedi apabila seorang maut manakala tiga masih hilang setelah bot dinaiki karam, dipercayai dirempuh sebuah tongkang di perairan Kuala Kemaman, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu meragut nyawa seorang wanita berusia 29, akibat lemas.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, identiti wanita itu dan tiga mangsa lain yang masih hilang dalam insiden tersebut sedang dikenal pasti.

Beliau berkata siasatan awal mendapati, tujuh memancing yang berasal dari Gombak, Selangor dan Raub, Pahang itu keluar keluar memacing bersama dua tekong dengan sebuah bot.

“Bot dinaiki kesemua mangsa yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 79 tahun itu dikatakan berlepas dari Jeti Bukit Kuang, di sini petang semalam.

“Sebuah tongkang dikatakan telah merempuh bot mereka yang ketika itu sedang bersauh di perairan Kuala Kemaman menyebabkan semua mangsa tercampak ke dalam laut,” katanya ketika ditemui di Kuala Kemaman, di sini semalam.

Beliau berkata, lima mangsa yang terselamat sempat terpaut pada tong plastik yang terapung sebelum diselamatkan sebuah bot nelayan yang kebetulan melalui lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI