fbpx

Pelancong panik gagal keluar dari kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki Belgium keluar dari tingkat keretanya. - Foto Facebook/TipcableTV

BANGKOK – Seorang pelancong dari Belgium nyaris maut selepas tertidur di dalam keretanya di sebuah stesen minyak, sehinggakan bateri kenderaan itu mati, lapor laman berita VnExpress semalam.

Seorang pekerja di kedai serbaneka stesen minyak di daerah Mueang menyedari terdapat seseorang terperangkap di dalam kereta BMW itu sebelum meminta bantuan pada Jumaat lalu, lapor laman berita Khaosod.

Pekerja kedai itu memaklumkan kepada pasukan penyelamat selepas melihat pelancong tersebut tidak berjaya membuka pintu BMW berkenaan.

Pasukan penyelamat tiba dan mengarahkan lelaki itu untuk mencuba kaedah yang berbeza bagi membuka pintu kereta.

Namun, semua percubaan gagal. 

Selepas dua jam, pelancong tersebut keletihan dan mengalami kesukaran bernafas, menyebabkan anggota penyelamat terpaksa memecahkan cermin kereta untuk membebaskannya.

Pelancong itu menjelaskan bahawa dia telah memandu dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chonburi sejauh 890 kilometer. 

Dia berhenti di stesen minyak selepas memandu hampir 500 kilometer untuk berehat. 

Dia berbaring di dalam kereta, menghidupkan penyaman udara dan tertidur, menyebabkan bateri kenderaan itu akhirnya kehabisan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI