fbpx

Olimpik Paris: Tamat penantian 24 tahun raih emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEVES mengangkat angkatan keseluruhan 262kg untuk meraih emas pertama AS dalam angkat berat sejak edisi Sydney 2000. - AFP

PARIS – Atlet angkat berat Amerika Syarikat (AS), Olivia Reeves menamatkan penantian 24 tahun negara itu untuk meraih pingat emas dalam sukan berkenaan selepas memenangi kategori 71 kilogram (kg) wanita.

Pada aksi final yang berlangsung awal pagi semalam, dia melakukan angkatan 117kg dalam acara snatch selain mengangkat bebanan 145kg menerusi clean and jerk, sekali gus mencatat angkatan keseluruhan 262kg.

Reeves menganggap aksi final itu sama seperti kejohanan-kejohanan biasa kerana mahu mengurangkan tekanan dihadapi memandangkan dia sedikit gementar ketika melangkah masuk ke venue pertandingan.

“Secara jujur, saya rasa sangat gementar ketika tiba di sini dan ia langsung tidak membantu. Oleh itu, saya cuba bertenang dan menganggap final ini seperti kejohanan-kejohanan lain.

“Saya pernah berada di podium dan mendengar lagu kebangsaan sebelum ini, namun Olimpik sedikit berbeza. Sebenarnya, saya masih tidak percaya bahawa saya sudah menjadi juara Olimpik,” katanya.

Kali terakhir AS meraih pingat emas angkat berat adalah melalui Tara Nott sewaktu edisi 2000 di Sydney, Australia.

Sementara itu, pingat perak dimenangi atlet Colombia, Mari Sanchez yang melakukan angkatan keseluruhan 257kg, manakala gangsa menjadi milik seorang lagi atlet Colombia, Angie Palacios menerusi catatan 256kg.

“Saya harap kemenangan diraih ini mampu menjadi inspirasi kepada kanak-kanak perempuan yang mahu menceburkan diri dalam sukan angkat berat. Saya bangga kerana mampu memainkan peranan penting,” ujar Reeves. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI