fbpx

Olimpik Paris: Shah Firdaus terlepas pingat gangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH Firdaus terlibat dalam insiden pelanggaran dengan Nakano sekali gus terlepas peluang untuk berada di pentas podium di Sukan Olimpik Paris 2024. Foto: MOM

KUALA LUMPUR – Misi pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 berkecai selepas dirempuh pelumba Jepun, Shinji Nakano pada aksi final sebentar tadi.

Pelumba berusia 28 tahun itu bermula dengan baik ketika bersaing di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines selepas betul-betul dalam posisi di kedudukan ketiga namun segalanya berubah apabila berlaku insiden pelanggaran.

Ketika itu, pelumba Great Britain, Jack Carlin terlebih dahulu terjauh sebelum Nakano dilihat hilang kawalan sebelum merempuh Shah Firdaus dari arah belakang sekali gus melenyapkan harapan pelumba negara itu untuk berada di pentas podium.

Tuah memihak kepada Matthew Glaetzer kerana dia yang berada di kedudukan terakhir ketika itu berjaya menamatkan saingan tempat ketiga dan Shah Firdaus hanya mampu mengakhiri perlumbaan tempat keempat. Bagaimanpun, tempat keempat yang diperoleh Shah Firdaus dibatalkan.

SHAH Firdaus terlibat dalam insiden pelanggaran dengan pelumba Jepun, Shinji Nakano pada aksi final keirin di Olimpik Paris 2024.-MOM

Pingat emas menjadi milik pelumba Belanda, Harrie Lavreysen  dan Matthew Richardson dari Australia membawa pulang pingat perak di Sukan Olimpik Paris.

Kegagalannya tersebut pasti mengecewakan buat Shah Firdaus terutama ingin menebus dengan kejayaan selepas rakan sepasukan, Datuk Azizulhasni Awang tidak dapat meneruskan saingan selepas dibatalkan penyertaan pada pusingan pertama acara keirin malam tadi akibat kesalahan mendahului pacer.

Hasil keputusan tersebut, skuad berbasikal trek negara tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat kerana pada edisi lalu di Tokyo, Azizulhasni berjaya menuai pingat perak dalam acara keirin. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI