KUALA LUMPUR – Harapan pemburuan pingat emas pertama negara terus menyala apabila pelumba berbasikal trek, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya meloloskan diri ke pusingan separuh akhir acara keirin sebentar tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines tersebut, Shah Firdaus yang digelar The Terminator itu menyerlahkan potensi sebenarnya dengan kayuhan cukup baik ketika memulakan pertarungan suku akhir dengan menamatkan saingan tempat ketiga terpantas heat pertama tersebut.
Pemenang pingat emas Sukan Olimpik dua kali, Jack Carlin dari Great Britain menjuarai heat pertama dan diikuti Matthew Glaetzer (Australia) tempat kedua.
Sementara itu, pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou, Kaiya Ota dari Jepun melengkapkan pelumba keempat untuk mara ke pentas separuh akhir yang berlangsung pada 6.29 petang ini nanti. -KOSMO! ONLINE