KUALA LUMPUR – Impian pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus untuk melangkah ke pentas final akhirnya terlaksana selepas dia dinaikkan ke posisi ketiga terpantas acara keirin selepas pelumba Jepun, Ota Kaiya telah disingkirkan pada aksi separuh akhir sebentar tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines tersebut pelumba yang mendapat gelaran The Terminator itu dicabar hebat pelumba terbaik dunia sebelum terpaksa akur mengakhiri saingan tempat keempat.
Bagaimanapun, pelumba Jepun, Kaiya dikesan melakukan kesalahan dan menerima kad kuning kedua sekali gus diturunkan ke posisi keempat maka memberikan Shah Firdaus tempat ketiga untuk ke pentas final.
Perlumbaan itu dimenangi Matthew Richardson dari Australia manakala tempat kedua menjadi milik Harrie Lavreysen (Belanda) untuk melangkah ke pentas final.
Perlumbaan aksi final akan berlangsung jam 7.30 malam ini, Shah Firdaus akan berdepan pelumba Australia, Matthew Glaetzer, Jack Carlin (Great Britain) dan Shinji Nakano (Jepun). -KOSMO! ONLINE