fbpx

Lari ke kebun durian selepas tikam bini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JEMPOL – Seorang lelaki nekad minum racun rumpai selepas menikam isterinya dengan sebilah pisau dalam kejadian di Flat Meranti, Bahau, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kakak suspek memaklumkan lelaki berusia 32 tahun itu berada di sebuah kebun durian di Jelebu pukul 2.30 petang tadi.

‘”Suspek dipercayai meminum racun rumpai selepas melarikan diri sebelum dibawa ke Hospital Jempol di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.

“Sebelum itu polis menerima maklumat pukul 9.30 pagi mengenai kejadian tikam di Flat Meranti. Mangsa yang berusia 30 tahun adalah kakak pengadu. Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pukul 8 pagi. Suspek menikam mangsa pada rusuk kiri sebanyak dua kali dengan sebilah pisau,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Chang Hook, kejadian berlaku selepas pasangan tersebut berselisih faham dan mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI