fbpx

KPM, DBP kerjasama martabat bahasa Melayu di SKJC, Kampung Baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kah Woh (duduk, tengah) merasmikan Program Semarak Bahasa Kebangsaan Kampung Baru di Pokok Assam di Taiping hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

TAIPING – Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berusaha memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di semua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) melalui Program Semarak Bahasa Kebangsaan Kampung Baru.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, Program Semarak Bahasa Kebangsaan yang sedang dijalankan hingga September ini adalah sebagai program penggalakan bagi penguasaan dan kecintaan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum khususnya di Kampung Baru.

Menurut Kah Woh, pelaksanaan program tersebut menjadi pendorong bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan harmoni.

“Program ini juga sarat dengan pemantapan keterampilan, sahsiah dan semangat berpasukan dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Semarak Bahasa Kebangsaan Kampung Baru Pokok Assam di SJKC Pokok Assam, di sini hari ini.

Selain itu, katanya, program itu juga sebagai usaha agensi kerajaan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menyantuni masyarakat pelbagai kaum dalam usaha meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan.

“Elemen penguasaan bahasa kebangsaan merupakan teras perpaduan di negara ini. Saya amat berharap agat semua pihak dapat memainkan peranannya agar bahasa kebangsaan terus dimartabatkan di negara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI