MINGGU Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) tentu sahaja menjadi acara yang paling dinantikan para penggemar fesyen.
Bukan sahaja masing-masing berpeluang untuk melaram dengan busana gah hasil sentuhan pereka terkemuka tanah air, tetapi turut berkesempatan untuk mempamerkan kecantikan tubuh masing-masing.
Mana tidaknya apabila ramai artis wanita ‘berlumba-lumba’ mempamerkan paha dan perut masing-masing untuk dijadikan tatapan umum.
Memang tidak dinafikan barisan artis tersebut memiliki pesona jelita masing-masing yang tentu sahaja mengundang pujian melambung.
Tetapi, dek kerana terikut-ikut dengan peredaran masa sehingga terlupa agama dan budaya sehingga tidak malu untuk mempamerkan bahagian tubuh masing-masing. Soal haram tayang aurat tak payah cakap, mereka semua moden.
Susah juga hendak diberi nasihat kerana rata-rata artis tersebut semuanya sudah berusia. Mungkin bagi mereka, nak sopan-sopan kena tunggu masa pergi umrah. Mungkin, sebab fakta dan contoh ada di mana-mana.
Apa pun semoga artis yang ghairah berpakaian terdedah itu berubah dan muncul dengan gaya sopan dan manis dipandang. Kita doakan yang terbaik.
Diva: Ramai yang puji penampilan pelakon Ummi Nazeera yang tampil dengan gaya elegan tanpa perlu dedah sana sini. Tetap cantik.