fbpx

Kenang jasa, pengorbanan Azizulhasni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIHAK Komisar enggan melayan rayuan kontinjen negara terhadap pembatalan penyertaan Azizulhasni dalam acara keirin Olimpik Paris. - MSN MALAYSIA

HARAPAN negara untuk menyaksikan jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 musnah selepas rayuan terhadap pembatalan penyertaannya ditolak oleh Ketua Komisar semalam.

Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Nicol Ann David menyeru agar semua pihak tidak menyalahkan kesilapan yang dilakukan, sebaliknya memberikan sokongan positif serta memahami kekecewaan sedang dihadapi Azizulhasni.

“Selama 20 tahun, Azizul sudah membanggakan Malaysia di persada dunia dengan pelbagai pencapaian dan turut berharap untuk memenangi emas pertama negara. Dia menghadapi pelbagai rintangan yang mengancam keselamatannya sebelum ini untuk memberikan yang terbaik buat kita semua,” ujar Nicol.

Bekas ratu skuasy negara itu turut menekankan bahawa Azizulhasni sedang menanggung kekecewaan yang luar biasa selepas harapannya untuk merangkul pingat emas pertama di pentas Olimpik lebur memandangkan ini adalah perlumbaan antarabangsa terakhirnya.

Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Hamidin Mohd. Amin menjelaskan, pihaknya telah cuba mengemukakan rayuan terhadap insiden tersebut, namun kesilapan teknikal The Pocket Rocketman tidak diendahkan sekali gus dibatalkan penyertaannya.

“Saya ingin memaklumkan bahawa pihak kami telah mengemukakan rayuan terhadap insiden membabitkan pembatalan penyertaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang pada perlumbaan keirin lelaki.

“Bagaimanapun, Ketua Komisar dan wakil badan induk dunia (UCI) mengekalkan keputusan untuk membatalkan penyertaan beliau akibat memintas motosikal yang menentukan kelompok pelumba sebelum motosikal tersebut keluar dari gelanggang perlumbaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI