fbpx

Kelibat penanggal terbang dirakam ketika maghrib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ mirip bola api dipercayai penanggal dirakamkan sedang terbang. - Foto Banjarmasin Post

JAKARTA – Satu kelibat makhluk dipercayai hantu penanggal dirakam sedang terbang di sekitar Kota Sampit, wilayah Kalimantan Tengah, lapor laman berita Banjarmasin Post semalam.

Dalam video tersebut, terdapat kelibat seperti bebola api sedang terbang dengan pantas di sekitar kawasan hutan.

Selepas dirakam beberapa saat, kelibat hantu didakwa kepala wanita hodoh itu jatuh di sebuah kawasan kediaman penduduk. 

Video itu kemudian menjadi tular di laman sosial dan dimuat naik di platform TikTok menggunakan akaun @ssffrrxx pada Jumaat lalu.

“Dua kali ia sudah dilihat pada setiap malam Jumaat dan waktunya adalah maghrib, ketika orang pergi bersolat,” tulis pemilik akaun tersebut.

Bagaimanapun, kelibat penanggal itu tidak dapat dilihat dengan jelas dalam video tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI