fbpx

‘Jangan kerana kesilapan ini, pengorbanan bertahun Jijoe kita lupakan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizulhasni.

PETALING JAYA – “Janganlah kerana kesilapan ini maka segala keringat dan pengorbanan bertahun-tahun Jijoe kita lupakan”.

Demikian kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung penyingkiran Datuk Azizulhasni Awang dalam acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024, semalam.

Menurut Tengku Zafrul, inilah masanya untuk rakyat Malaysia menyokong atlet negara dan bukannya memperlekehkan kesilapan mereka.

“Jijoe tetap juara di hati saya,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan Azizulhasni tersingkir daripada saringan pertama acara keirin lelaki selepas penyertaannya dibatalkan.

Pada aksi yang berlangsung di Velodrom Saint Quentin en Yvelines, Paris, bekas juara dunia itu dibatalkan penyertaan dalam saringan pertama selepas dia didakwa melintas pacer terlalu awal.

Sehubungan itu, Tengku Zafrul turut mempersoalkan tindakan pihak komisar yang terlalu cepat menghukum Azizulhasni yang juga dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’.

“Jijoe pun dah explain apa yang berlaku. Mengapa komisar langsung tak nak ‘review’ (ulas) video perlumbaan?

“Mengapa aksi agresif pelumba Perancis tidak diambil tindakan? Tiada langsungkah ruang untuk Jijoe diberi amaran tanpa disingkirkan,” soal Tengku Zafrul.

Juster, Tengku Zafrul berkata, mengenali Azizulhasni sebagai seorang yang tabah, namun pembatalan tersebut adalah sesuatu yang pahit.

“Tiada sesiapa pun mahu Olimpik mereka berakhir begini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI