fbpx

Izara Aishah geram atau sengaja simbah minyak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izara dikatakan menyindir pengamal media menerusi satu hantaran dalam media sosialnya.

KONFLIK pihak media dengan Lee Jii Zia bukan perkara asing, memang ramai sudah tahu perangai sejak lama dan semakin menjadi bualan ramai sejak kemenangannya di Sukan Olimpik Paris 2024.

Ramai yang cuba menambah perasa dalam isu tersebut termasuk Izara Aishah yang memuat naik video seperti berada di syurga dan memukul individu dipercayai wartawan kerana menyebabkan Zii Jia menangis.

Tak salah hendak ‘backup’ Zii Jia tetapi bukan dengan cara tunjuk kemarahan dan kebencian pada pihak media. Jangan disiram lagi minyak ke dalam api yang membara.

Ketika ramai sedang marah pihak media, Izara tak sepatutnya memarakkan lagi api kemarahan tersebut. Lebih baik diam daripada menyakitkan hati pihak lain pula.

Lagi satu, tak perlu rasanya hasilkan konten seperti berada dalam syurga tetapi sebarkan kebencian, macam tak selari dengan imej dan mesej.

Teringat pula lirik lagu Zizi Kirana, hati hitam boleh tutup dengan jubah? Terfikir, ke Izara ada dendam peribadi dengan wartawan sampai nak ‘debik’ siap dengan muka geram tak sudah macam nak lepaskan benci?

Tak kelakar tau. Ingatlah ya, pada awal kemunculan awal dahulu, awak pun dapat publisiti percuma daripada media.

DIVA: Sebenarnya ramai sahaja artis berperangai suka hentam media tapi malas nak layan kedangkalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI