fbpx

Ada ‘kenduri’ di Instagram Rayan, UCI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI .

PETALING JAYA – Ruangan komen di akaun Instagram pelumba basikal trek Perancis, Rayan Helal dibanjiri dengan kecaman ‘tentera bawang Malaysia’ sejak acara keirin Olimpik Paris 2024 yang berlangsung malam tadi.

Tinjauan Kosmo! mendapati beberapa hantaran Rayan telah menghadkan jumlah serta menutup ruangan komen kerana rakyat Malaysia tidak henti-henti menzahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan atlet itu.

Ini kerana Rayan dipercayai sengaja menghimpit jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang ketika melepasi selekoh ketiga menyebabkan atlet Malaysia itu dikesan melepasi pacer.

Perbuatan itu telah menyebabkan penyertaan Azizul atau lebih dikenali dengan jolokan ‘The Pocket Rocket Man’ kemudiannya dibatalkan serta disingkirkan sebelum sempat bersaing.

Selain itu, komen rakyat Malaysia turut membanjiri akaun Instagram Union Cycliste Internationale (UCI) yang merupakan badan pentadbir dunia untuk berbasikal.

Rata-rata mereka meninggalkan tanda pagar #JusticeforAzizul serta mengecam tindakan panel komisar yang dianggap tidak adil dalam membuat keputusan dengan membatalkan penyertaan Azizul.

Terdahulu, perlawanan yang berlangsung di Velodrom Saint Quentin en Yvelines, Paris malam tadi mengundang rasa terkejut dalam kalangan rakyat Malaysia apabila Azizul atau mesra disapa Datuk Jijoe disingkirkan daripada pelumbaan.

Meskipun jurulatih, John Beasley dan Pengurus Pasukan, Izham Mohammad meminta panel komisar membuat semakan video untuk Azizul layak ke pusingan repeatcharge, namun keputusan itu tetap kekal.

Hal ini menyebabkan seluruh rakyat Malaysia bukan sahaja marah dan sedih, malah kecewa kerana jaguh trek negara diperlakukan sebegitu sebelum sempat bertanding.

Acara keirin itu kemudiannya menyaksikan pelumba Australia, Matthew Glaetzer dan Jeffrey Hoogland mara ke pusingan suku akhir selepas masing-masing menamatkan aksi saringan pertama itu di kedudukan pertama dan kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI