fbpx

Insiden bot pemancing dirempuh tongkang: Satu lagi mayat ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan mengusung mayat Shahril yang maut akibat lemas di perairan Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang lagi mangsa yang dipercayai hilang dalam kejadian bot karam dipercayai dilanggar tongkang di perairan Kemaman di sini awal pagi tadi ditemui maut akibat lemas.

Mayat lelaki dikenali sebagai Shahril Ismail, 50, ditemui terapung pada pukul 1 tengah hari oleh nelayan yang turut membantu pencarian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mayat mangsa ditemui pada lima batu nautika dari lokasi kejadian.

“Mayat itu dipercayai sebagai Shahril yang merupakan pembantu tekong telah dibawa naik ke jeti pada pukul 2.45 petang.

“Pengecaman mayat akan dilakukan oleh keluarga,” katanya ketika ditemu di Jeti Haji Pa, Kuala Kemaman di sini hari ini.

Hanyan berkata, mayat pertama Siti Zamimah Mohman Zobini, 29, yang berasal dari Selayang, Selangor ditemui pada pukul 7 pagi tadi bersama lima lagi mangsa yang terselamat.

“Kita masih lagi berusaha mengesan dua lagi mangsa iaitu Yusof Kassam, 66, dan Aina Husna Mohamad Husaini, 25.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu bot dinaiki tujuh pemancing dan dua tekong karam dipercayai dilanggar tongkang pada kedudukan tujuh batu nautika dari Kuala Kemaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI