fbpx

Ingatkan Nabil Aqil memang adik kandung Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KESERASIAN antara pelakon Nabil Aqil dan Fattah Amin dalam drama Lelaki Melayu Terakhir siaran TV3 berjaya meraih pujian.

Malah ada juga yang mengatakan dia dan Fattah seperti adik beradik sebenar memandangkan kedua-duanya memiliki ketinggian dan bentuk wajah yang sama.

Ramai yang mengharapkan agar pelakon berusia 26 tahun itu diberi kepercayaan untuk menggalas peranan sebagai teraju utama.

Nabil kini semakin meraih tumpuan ramai terutama selepas berlakon drama Lelaki Melayu Terakhir siaran TV3. | Foto INSTAGRAM NABIL AQIL

Tidak kurang juga peminat mengharapkan finalis Hero Remaja 2017 itu membawakan watak yang lebih mencabar atau tersenarai dalam projek istimewa seperti filem Kahar: Kapla High Council.

Siapa tahu suatu hari nanti Nabil diberi kepercayaan untuk membintangi naskhah hebat sekali gus melonjakkan namanya dalam industri hiburan tanah air.

Diva: Harap peminat jangan mudah buat spekulasi tentang keadaan rumah tangga pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura yang dikatakan sedang bermasalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI