PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan tujuh negeri sehingga pukul 2 petang ini.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu melanda seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, keadaan sama turut melibatkan Perlis dan Melaka sementara ribut petir di Johor tertumpu di Tangkak, Segamat dan Muar.
“Di Selangor membabitkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
“Sarawak pula ialah Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit) dan Bintulu (Tatau),” kata kenyataan itu, hari ini.
Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.
Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE