GOMBAK – Seramai 25 pengunjung terperangkap ketika berekreasi dalam kejadian di Sungai Pisang, Selayang, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 1.41 tengah hari.
Katanya, seramai enam anggota digerakkan ke lokasi tersebut bersama sebuah jentera bagi tujuan menyelamat.
“Setibanya di lokasi, didapati seramai 25 orang mangsa terperangkap di kepala air.
“Kerja-kerja membawa keluar mangsa sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE.