fbpx

EPL: Kekuatan Arsenal kini lebih mantap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE (kiri) beraksi cemerlang membantu Arsenal menewaskan Bayer Leverkusen 5-1 dalam aksi persahabatan baru-baru ini. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta percaya semua pemainnya kini sudah berada dalam keadaan bersedia untuk memulakan musim baharu termasuk beberapa bintang England yang baru sahaja menyertai pasukan.

Sebelum ini, pemain seperti Bukayo Saka, Declan Rice dan Aaron Ramsdale terlepas aksi pasukan ketika menjalani latihan pramusim di Amerika Syarikat.

Walaupun masih belum cergas sepenuhnya, Arteta yakin pemain yang membantu The Three Lions muncul naib juara Euro 2024 itu mampu menyiapkan diri masing-masing sebelum sepak mula Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu depan.

“Kami sudah berikan mereka cuti sebelum bermulanya Euro 2024 dan kami juga berikan mereka berehat selepas tamat kejohanan itu. Mereka perlu memenuhi tuntutan ini kerana saingan musim baharu akan bermula tidak lama lagi.

“Selepas bersama pasukan, kami benar-benar menjaga mereka dengan baik. Jadi saya percaya mereka boleh berikan yang terbaik untuk musim baharu nanti,” katanya.

Musim 2024/25 pastinya menjadi detik terbaik buat Arteta untuk mengubah cerita hebat buat The Gunners selepas dua kali kecewa pada saat akhir apabila terpaksa merelakan kejuaraan EPL kekal menjadi milik Manchester City.

The Gunners akan membuka tirai musim baharu menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Emirates pada 17 Ogos ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI