fbpx

Caliph Academy jalin kerjasama dengan UTM Space

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIMBALAN Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTM, Prof. Dr. Mohd. Shafry Mohd. Rahim (tengah) menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif USSB, Dr. Mercy Trinovianti Mulyadi (dua dari kanan) dengan Pengarah Caliph Life Sdn. Bhd, Mohd Hamzavi Md. Zain (dua dari kiri).

PETALING JAYA – Caliph Academy memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan UTM Space Sdn. Bhd. (USSB) bagi membentuk kerjasama pada masa hadapan berdasarkan kepentingan dan matlamat bersama.

Menerusi MoU itu juga, ia dapat membawa banyak manfaat strategik kepada kedua-dua pihak khususnya dalam membuka peluang kepada generasi mempelajari lebih mendalam dalam bidang takaful bagi membina kerjaya.

Pengarah Caliph Life Sdn. Bhd., Mohd Hamzavi Md. Zain berkata, menerusi kerjasama itu, kedua-dua pihak boleh berkongsi kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta memberikan akses lebih baik kepada pendidikan berkualiti tinggi.

“Bagi USSB, ini peluang untuk memperluaskan penawaran pendidikan melalui kerjasama dengan Caliph Academy boleh membantu dalam mempelbagaikan dan meningkatkan portfolio kursus akademik terutama dalam bidang takaful.

“Bagi Caliph Academy pula, akses kepada sumber dan kepakaran USSB boleh membantu dalam pembangunan dan akreditasi kursus, memastikan kursus-kursus tersebut memenuhi piawaian tinggi dan diiktiraf oleh pihak berkuasa berkaitan seperti agensi kelayakan Malaysia (MQA),” katanya.

Dalam masa sama, katanya, kedua-dua pihak juga boleh berkongsi maklumat, strategi, teknologi dan kepakaran yang membawa kepada proses pengajaran dan pembelajaran lebih cekap dan berkesan.

Tambahnya, dengan kepakaran yang dimiliki kedua-dua pihak, ia membolehkan mereka merangka mesej pemasaran yang berkesan kepada prospek, memastikan keunikan dan manfaat kursus-kursus disampaikan dengan berkesan.

“Dengan hubungan yang kukuh dalam industri takaful, Caliph Academy boleh memanfaatkan hubungan itu untuk meningkatkan usaha pemasaran dan mendapatkan pelajar yang berminat dalam bidang tersebut.

“Caliph Academy boleh memperuntukkan sumber dan tenaga kerja khusus untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemasaran kursus-kursus khusus serta memastikan usaha yang lebih berfokus dan konsisten.

“Fleksibiliti ini membolehkan kedua-dua institusi meneroka dan menyesuaikan diri dengan peluang baru yang timbul,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI