fbpx

Awak adalah emas Malaysia – Isteri Datuk Jijoe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizul bersama isteri, Athiah dan anak-anaknya.

PETALING JAYA – “Awak adalah emas Malaysia.”

Demikian ungkapan Datin Athiah Ilyana Abd Samat terhadap suaminya, Datuk Azizulhasni Awang selepas penyertaan atlet berusia 36 tahun itu dibatalkan sebelum disingkirkan dalam acara keirin lelaki, Olimpik Paris 2024, malam tadi.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Athiah Ilyana, 38, memuat naik gambar Azizul atau mesra disapa Datuk Jijoe dengan meletakkan lagu ‘Standing In The Eyes of The World’ nyanyian Ella.

Di ruangan kapsyen, Athiah menzahirkan kata-kata semangat buat suaminya dengan menyifatkan pengorbanan Azizul yang popular dengan jolokan ‘The Pocket Rocket Man’ sebagai satu pengorbanan buat negara.

“Emas sebenar dalam diri Azizul adalah pada ketabahannya yang tidak berbelah bahagi dan pengorbanan mendalam untuk negara.

“Ia adalah bukti kekuatan mendefinisian dirinya dan kasih sayang yang membimbing setiap langkahnya. Saya sangat bangga dengan awak sayang, awak adalah emas Malaysia,” tulisnya.

Selain itu, di InstaStory, Athiah turut berkongsi semula doa dan kata-kata semangat orang ramai terhadap suaminya yang juga merupakan pemenang pingat perak pada Olimpik Tokyo 2020 yang lalu.

Pada masa sama, Athiah juga berkongsikan sebuah video memaparkan Azizul terbaring di atas katil difahamkan ketika sedang mendapatkan rawatan berkaitan kesihatan jantungnya.

Azizulhasni mendirikan rumah tangga bersama Athiah Ilyana pada 2010 selepas membawa pulang pingat emas dalam acara keirin Piala Dunia Trek UCI Klasik Beijing serta dikurniakan empat orang cahaya mata.

Semalam, negara dikejutkan apabila Azizul disingkirkan daripada saingan selepas dikesan melepasi pacer dalam acara keirin lelaki yang berlangsung di Velodrom Saint Quentin en Yvelines, Paris.

Meskipun ramai yang berharap agar Azizul layak ke pusingan ‘repechages’, namun harapan itu punah walaupun jurulatih, John Beasley dan Pengurus Pasukan, Izham Mohammad cuba untuk berbincang dengan panel komisar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI