fbpx

Anak raih 11A, Fatin Afeefa dipuji netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK Fatin Afeefa berjaya meraih keputusan cemerlang dalam ujian pernilaian persekolahan.

PETALING JAYA – Sejuk perut ibu mengandung, pelakon Fatin Afeefa berbangga dengan pencapaian anak, Ivy Herra Sophia yang meraih 11 A daripada 12 mata pelajaran yang diambil dalam satu ujian penilaian persekolahan.

Menerusi perkongsian Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, anak perempuannya itu menduduki tempat keempat daripada 23 pelajar di dalam kelasnya.

Mari ambil report card (kad laporan) dengan saya,” katanya menerusi perkongsian dalam TikTok.

Selain itu, laporan keputusan peperiksaan turut menunjukkan jumlah kehadiran Ivy yang cemerlang sepanjang sesi persekolahan

Difahamkan, anak bongsu daripada dua beradik itu belajar di sebuah sekolah swasta di ibu negara.

Menerusi ruangan komen, ramai pengikut akaun media sosialnya mengucapkan tahniah kepada anak beranak tersebut.

Rata-rata memuji pelakon filem Tentang Bulan itu yang mendidik mampu mendidik anaknya dengan baik.

Tahniah Ivy, sudahlah cantik. Pandai pula,” kata seorang netizen.

“Alhamdulillah, tahniah buat mama dan anak. Terus cemerlang,” tulis pengikut lain

Ivy yang berusia lapan tahun adalah anak hasil perkahwinan Fatin dengan bekas suami yang juga pelakon Adam Shahz.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 sebelum bercerai pada 30 Mei 2017.

Selepas lima tahun solo, dia bertemu jodoh dengan ahli perniagaan, Aliff Awang pada Disember 2022.

Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI