fbpx

Agong berangkat ziarah Makam Diraja sempena Hari Hol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru bersempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar. Foto FACEBOOK

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru bersempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.

Berangkat sama, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, dan Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.

Turut berangkat, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

“Turut hadir, Datuk Dennis Muhammad Abdullah dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli,” menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hari Hol merupakan hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor sejak 1896, setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI