fbpx

‘Ada pihak larang ambil, label saya artis bermasalah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Syafeq Kyle mengakui pernah dipandang rendah sebagai artis bermasalah segelintir orang industri.

KUALA LUMPUR – Ketika dipuji ramai apabila ada naskhah lakonannya mendapat sambutan hebat, pelakon Syafiq Kyle sebaliknya pernah dipandang rendah segelintir pihak yang melabel dirinya selebriti bermasalah.

Pemilik nama penuh Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak, 32, itu bagaimanapun enggan menjadikan perkara tersebut sebagai penghalang untuknya terus berkaya sebaliknya lebih mengutamakan niatnya sebagai pelakon sejak hari pertama menceburi bidang seni.

“Bila saya tengok filem meletup, alhamdulillah tetapi sebenarnya perkara itu paling risau sebab ada yang beranggapan sesebuah naskhah akan kurang berjaya sekiranya ambil saya berlakon.

“Perkara itu pernah berlaku sebelum ini apabila ada pihak larang ambil saya dan melabel saya sebagai artis bermasalah.

“Bagi saya, semua itu bukan ‘point’ penting, paling utama adalah mesej yang hendak disampaikan kepada penonton menerusi setiap lakonan,” katanya kepada Kosmo! Online selepas tayangan gala filem Takluk: Lahad Datu di sini, semalam.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai mengapa dirinya dilabel artis yang bermasalah.

Tambah bintang filem Sheriff itu, sesebuah naskhah lakonannya yang berjaya adalah bergantung kepada mesej yang hendak disampaikan kepada para penonton.

“Filem itu berjaya atau tidak bukan kerja saya. Paling penting saya sudah lakukan kerja dan sampaikan mesej untuk industri ini.

“Saya rasa benda kejayaan diraih hari ini juga disebabkan doa daripada keluarga dan pemikiran yang dibawa serta dikongsi kepada pencinta filem sejak hari pertama masuk industri.

“Mungkin juga orang lihat filem saya ‘back to back’ kerana semuanya ditayangkan dalam tempoh yang dekat sedangkan sepatutnya setahun hanya satu filem tetapi disebabkan pandemik Covid-19, semuanya berubah,” ujarnya.

Sejak awal tahun, Syafiq sudah muncul menerusi dua buah filem iaitu Sheriff: Narko Integriti yang mencatatkan kutipan sebanyak RM62 juta manakala The Experts pula RM11 juta.

Paling terbaharu, dia bakal muncul menerusi filem Takluk:Lahad Datu bermula 22 Ogos depan yang turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Kamal Adli, Eman Manan, Fikry Ibrahim dan Anding Indrawani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI