fbpx

Zaha mungkin kembali ke EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHA dikaitkan dengan kepulangan semula ke Selhurst Park apabila dia dianggap pengganti terbaik selepas Palace kehilangan Olise. - AFP

LONDON – Crystal Palace dilaporkan sedang mempertimbangkan langkah mengejut untuk membawa pulang bekas bintang mereka, Wilfried Zaha dari Galatasaray musim panas ini selepas dia mendapat lampu hijau dari kelab Turki tersebut untuk mencari destinasi baru.

Pemain berusia 31 tahun itu pernah menjadi ikon di Palace sebelum ini dan berkemungkinan akan membuat kepulangan kedua ke kelab London tersebut selepas turun menyertai Manchester United sebelum ini.

Kini, Palace sedang menilai kemungkinan membawa Zaha kembali secara pinjaman, namun gajinya yang besar mungkin menjadi penghalang selain Galatasaray dikatakan menuntut bayaran sekitar £9 juta (RM51.33 juta) untuk menampung sebahagian daripada gaji pemain itu.

Meskipun kos yang tinggi, reputasi Zaha sebagai bintang di Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadikannya pilihan menarik buat Palace yang sedang berusaha memperkuatkan skuad mereka selepas kehilangan Michael Olise ke Bayern Munich.

Zaha yang tampil dalam 42 perlawanan musim lalu, kini mendapati kedudukannya dalam kesebelasan utama Galatasaray semakin tergugat, tetapi dia masih dianggap sebagai aset berharga oleh Pengerusi Crystal Palace, Steve Parish dan pengarah bola sepak, Dougie Freedman.

Sekiranya Palace berjaya membawa pulang Zaha, ia akan menjadi langkah bijak untuk mengimbangi skuad mereka dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Olise. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI