fbpx

[VIDEO] Sampai bila nak target emas dalam badminton, terjun dan basikal?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thaqib berpendapat sukan- sukan lain juga wajar diberi perhatian selain badminton, terjun dan basikal.

PETALING JAYA – ‘Tengok Indonesia tiba-tiba jer menang pingat emas memanjat. Ada sesiapa pernah terfikir tak pasal sukan tu?”

Demikian kata pempengaruh, Thaqib Shaker ketika mengulas mengenai pungutan pingat emas di Sukan Olimpik yang sedang berlangsung ketika ini.

Menerusi perkongsian video di TikToknya @Thaqib berkata, Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik.

“Indonesia sudah 10 kali (emas), Thailand 11 kali, Singapura sekali dan Filipina tiga kali, manakala Vietnam sekali.

“Cuba kaji tengok negara jiran kita setiap temasya Olimpik mesti mereka akan tambah paling tidak satu pingat emas.

“Lepas tu cuba tengok tengok jenis sukan yang negara jiran kita dapat. Adakah hanya sukan badminton atau sukan tipikal yang kita kuasai,” katanya

Ujar Thaqib, sebaliknya negara ini pula menyasarkan sukan badminton, terjun dan basikal untuk kutipan pingat pada acara sukan berprestij itu.

“Sukan lain tak nak perkasakan ke? tak nak labur lagi banyak dalam sukan yang pelik ke?

“Tak cukup dana ke? Tak jumpa jurulatih yang bagus, pemain yang dilatih tak pernah nak berubah ke?,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan adakah rakyat Malaysia akan terus bersorak gembira dengan pungutan pingat perak dan gangsa sahaja.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat Thaqib dan ada juga meminta supaya beliau menghargai pengorbanan atlet walaupun mereka berjaya mengutip pingat perak dan gangsa.

“Akhirnya ada juga orang bersuara,” kata Naqeedz.

“Dah cuba sehabis baik. Hargailah penat lelah mereka, bukannya senang,” kata Lilis As Arka.

“Yang ni aku sokong. Malaysia sepatutnya fikir lebih jauh,” ujar Mohdazamayob- KOSMO! ONLINE

@thaqibshaker #indonesia #thailand #olympics #emas ♬ original sound – Thaqib

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI