PETALING JAYA – Sekumpulan lelaki berdepan detik menyeramkan apabila tiba-tiba dahan pokok patah dan juga menghidu bau busuk ketika mandi di kolam sebuah resort pada pukul 1 pagi.
Menerusi perkongsian video di TikTok @iwanr1 salah seorang rakan mereka sudah merasakan ada yang tidak kena di situ kerana terhidu bau busuk dan mengajak rakan-rakannya untuk keluar dari kolam itu.
“Masa ni mandi pukul 1 pagi, konon nak ‘recovery’ badan. Tiba-tiba bebe ajak naik tapi kami cakap lagi empat minit untuk cukupkan ‘recovery’ dan teruskan bersembang.
“Tiba-tiba tak ada angin tak ada apa dahan jatuh,” tulis @iwanr1
Katanya, mereka semua selamat dan bila sudah ada “warning” macam ini baik undur dulu.
“Esok hari kami sambung cerita, rupanya ada bau busuk dua kali sebelum kejadian dahan patah,” ceritanya.
Menjengah ke ruangan komen ada yang melihat penampakan makhluk tersebut dan ada juga yang berkongsi pengalaman diganggu ketika menginap di situ.
“Ada lembaga hitam besar tolak dahan pokok tu. Dia rasa terganggu bila orang ramai datang ganggu tempat dia,” tulis Bibyanana WJ.
“Saya pernah menginap kat sana. Best memang best tapi masa nak balik dari makan malam nampak ada yang duduk bertenggek atas batu. Malam tu cermin pintu bunyi macam kena cakar,” kata puteri_KL.
“Sebab tu kalau pergi mandi ke apa ke dengan kengkawan, kalau salah seorang cakap dah cukup jom naik, tak tanya banyak terus semua angkat,” komen Ena.
Selain itu, ada juga yang komen mendengar suara ketawa dan meminta mereka keluar dari situ.-KOSMO! ONLINE
@e1pablokejadian seram @ aneh. disclaimer: segala yang berlaku oleh kehendak Nya. kejadian ni boleh berlaku dimana mana saja dgn izinNya ♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator