fbpx

Ulama tersohor Kedah, Tok Guru Awang Lanai meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Abdul Wahab menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Parit Panjang, Baling hari ini.

ALOR SETAR – Seorang ulama Kedah yang tersohor, Abdul Wahab Hassan, 86, menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di rumahnya di Parit Panjang, Baling hari ini.

Menurut anak ulama yang turut dikenali sebagai Tok Guru Awang Lanai itu, Hamdan Dziauddin, 50, arwah meninggal dunia pada pukul 3.05 petang tadi setelah sebulan menerima rawatan di Hospital Baling.

“Ayah dimasukkan ke hospital kerana paras oksigennya menurun dan beberapa hari lepas kami bawa ayah pulang. Ayah meninggal dunia di samping anak-anaknya. Tok Guru Awang Lanai akan dikebumikan pada pukul 10 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Allahyarham Abdul Wahab dilahirkan di Sik pada 28 Julai 1938 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Kampung Tupai Sik sebelum menuntut ilmu agama di banyak pondok dan merupakan tok guru terkenal termasuk Pondok Lanai dan Pondok Penanti.

Tok Guru Awang Lanai membuka madrasah sendiri yang kini diuruskan anak-anaknya di Parit Panjang pada 1988 yang berjaya melahirkan ramai agamawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI