fbpx

Tidak boleh label khafir harbi kepada warganegara bukan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

PUTRAJAYA – Melabel khafir harbi kepada warganegara bukan Islam adalah tidak boleh memandangkan ia tidak mencukupi ciri yang telah ditetapkan oleh para ulama.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata, melabelkan seseorang warganegara dengan gelaran ini akan membawa implikasi yang buruk dan dahsyat kerana mereka halal untuk diperangi, keamanan tidak akan dijaga dan keselamatan harta benda tidak akan dijamin.

“Perbuatan melabelkan sebahagian daripada warganegara sesebuah negara dengan label sebegitu merupakan satu perbuatan yang ekstrem dan keterlaluan.

“Adapun jika ingin melihat konteks kafir harbi pada zaman sekarang, maka istilah itu boleh dirujuk kepada kumpulan Zionis dan Israel yang memusuhi dan memerangi umat Islam serta mengusirkan mereka daripada tempat kediaman dan tanah air mereka,” katanya dalam hantaran di aplikasi Facebook.

Terdahulu, media melaporkan, DAP menuntut individu yang dikatakan mendakwa parti itu adalah ‘kafir harbi di Malaysia’ pada program ceramah PAS dan PN pada kempen PRK DUN Nenggiri, supaya memohon maaf.

Dalam satu kenyataan bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali, Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman, dipetik berkata individu terbabit dipercayai menjadi pengerusi pada majlis berkenaan.

Dalam pada itu, PN dikatakan telah merehatkan sementara seorang pengacara majlis daripada terbabit program ceramah kempen PRK DUN Nenggiri, selepas individu itu dikatakan tersasul menyebut perkataan kafir harbi terhadap DAP dalam ceramah di Sungai Asap, di sini, malam kelmarin.

Pengarah Operasi PN bagi PRK DUN Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa, berkata individu terbabit direhatkan selama tiga hari bermula kelmarin dan tidak akan terbabit sebarang ceramah kempen mereka sepanjang tempoh itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI