fbpx

Nombor telefon disekat, baru sedar kena tipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri kerugian sebanyak RM120,000 selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 56 tahun semalam.

Ketika kejadain, suspek menyamar sebagai pegawai unit Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA) yang memaklumkan akaun bank mereka terlibat dalam aktiviti penipuan.

“Mangsa yang terperdaya dengan kata-kata suspek kemudian melakukan sebanyak 17 transaksi pembayaran melalui mesin deposit ke dalam tiga akaun bank yang diberikan pada Isnin lalu.

“Jumlah wang yang dipindahkan oleh pasangan adalah sebanyak RM120,000,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, mangsa diberitahu pembayaran tersebut adalah bagi tujuan pengesahan audit kewangan, namun apabila transaksi dibuat, nombor telefon mereka telah disekat.

Kedua-dua mangsa yang tidak bekerja itu kemudian menyedari mereka telah ditipu dan membuat laporan polis.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI