fbpx

Remaja 14 tahun jadi ‘doktor’ ada gangguan fikiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REMAJA perempuan berusia 14 tahun yang disyaki menceroboh dan menyamar sebagai doktor dibawa ke Mahkamah Majistret, Sepang, semalam.

PETALING JAYA – Remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan selepas menyamar pegawai perubatan di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang akan dirujuk keapada pakar psikiatri dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana dia dipercayai mengalami gangguan fikiran.

“Tiada sebarang motif dikenal pasti dan dia (suspek) akan dirujuk ke hospital pakar untuk pemeriksaan psikiatri.

“Remaja itu akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya tamat hari ini sementara kertas siasatan dilengkapkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Perintah reman selama dua hari sejak Jumaat dibenarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret Sepang.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan serta Seksyen 170 kanun sama.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan selepas dipercayai menyamar sebagai pegawai perubatan di HSIS.

Remaja itu ditahan pada pukul 9 pagi di lobi hospital berkenaan.

Polis merampas sehelai baju scrub, seluar scrub dan ‘lanyard’ milik hospital yang digunakan oleh remaja berkenaan.

Suspek dikatakan menceroboh dewan bedah hospital dan mengaku sebagai pegawai perubatan serta mahu membantu menjalankan pembedahan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI