fbpx

Perisai Komuniti: Isu benteng resahkan Erik Ten Hag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ berada dalam keadaan terbaik untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama United menjelang aksi menentang City. - FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag mengakui tidak akan mengambil risiko besar menjelang aksi Perisai Komuniti menentang Manchester City di Wembley malam ini.

United ketika ini hanya mempunyai tiga pemain pertahanan yang benar-benar cergas untuk diturunkan apabila Leny Yoro dan Tyrell Malacia masih kekal berada di bilik rawatan ekoran kecederaan.

Selain dua pemain tersebut, empat lagi pemain pertahanan, Harry Maguire, Victor Lindelof, Luke Shaw dan Aaron Wan-Bissaka dilaporkan dalam keadaan ragu untuk diturunkan sekali mereka hanya memiliki Jonny Evans, Lisandro Martinez dan Diogo Dalot sahaja.

Martinez dan Dalot baharu kembali ke sesi latihan pasukan selepas beraksi bersama pasukan kebangsaan masing-masing dalam saingan Copa America dan Euro 2024, manakala pemain muda berusia 17 tahun, Harry Amas mungkin cergas untuk beraksi.

Ten Hag mengakui beliau tidak akan meletakkan pemainnya dalam keadaan risiko besar semata-mata untuk memburu trofi berkenaan kerana mengutamakan aksi pertama saingan Liga Perdana Inggeris menentang Fulham di Old Trafford hujung minggu depan.

“Kami sentiasa mahukan kemenangan termasuk ketika aksi persahabatan dan apatah lagi apabila perlawanan melibatkan trofi. Kami akan cuba menyenaraikan pemain terbaik untuk memenanginya kali ini.

“Bagaimanapun, kami tidak akan mengambil risiko yang terlalu besar untuk para pemain. Benteng pertahanan masih lagi berdepan isu kecederaan, namun saya pasti bahawa Lisandro akan berada dalam senarai,” katanya.

Selain Martinez dan Dalot, dua lagi pemain tonggak, Bruno Fernandes dan Alejandro Garnacho juga terlepas aksi pramusim United di Amerika Syarikat, namun Ten Hag percaya kesemua mereka bersedia untuk beraksi, tetapi ia bergantung kepada penilaian yang akan dilakukan.

“Kami meletakkan mereka di luar dari program pramusim, tetapi saya percaya mereka masih memiliki kualiti untuk membantu pasukan. Kami akan membuat penilaian sama ada mereka, diturunkan atau bermula dari bangku simpanan atau juga tidak bermain untuk perlawanan kali ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI