fbpx

‘Pembunuh upahan cantik’ Korea Selatan rebah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kim Ye-ji menjadi tular kerana menampilkan gaya bersahaja sambil berkaca mata khas seperti ‘pembunuh upahan’. - Getty Images

SEOUL  –  Atlet sukan menembak Korea Selatan yang mencipta sensasi internet di Sukan Olimpik Paris 2024, Kim Ye-Ji rebah semasa menghadiri satu sidang akhbar. 

Saluran berita Channel News Asia melaporkan semalam, atlet itu dipercayai rebah akibat tekanan dan keletihan melampau. 

Menurut seorang pegawai daerah, kejadian berlaku ketika Ye-ji ditemu bual di Lapangan Menembak Jeokbukm, Daerah Imsil yang terletak di wilayah Jeolla Utara. 

“Dia telah sedarkan diri dan segera dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan perubatan,” katanya. 

Tambah pegawai sama, Ye-ji juga tidak diberikan sebarang bantuan pernafasan (CPR) seperti dilaporkan oleh media tempatan. 

“Dia akan tinggal di hospital untuk pemerhatian sehingga pulih sepenuhnya,” kata pegawai berkenaan sambil menambah, Ye-ji mungkin mengalami keletihan selepas menyertai Sukan Olimpik.

Wanita yang berjaya memenangi pingat perak dalam acara air pistol 10 meter itu menjadi tular, selepas mempamerkan gaya dan reaksi bersahaja, dengan memakai kaca mata khas sambil menyeluk sebelah tangannya ke dalam saku. 

Pada Rabu lalu, Ye-ji mengucapkan terima kasih kepada Elon Musk kerana menjadikannya terkenal menerusi satu catatan di laman X. 

“Dia (Kim Ye-ji) patut berlakon filem aksi,” kata Elon Musk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI