fbpx

Olimpik Paris: Sepanyol raih ‘ibu emas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Sepanyol menerima kalungan pingat emas temasya Sukan Olimpik selepas menewaskan tuan rumah, Perancis awal pagi tadi. - Foto AFP

PARIS – Sepanyol mengesahkan status selaku pasukan bola sepak terbaik di dunia ketika ini apabila berjaya meraih pingat emas temasya Sukan Olimpik 2024 selepas menewaskan tuan rumah, Perancis 5-3 pada aksi final awal pagi tadi.

Pada aksi yang terpaksa ditentukan dalam masa tambahan itu, skuad La Roja berjaya meledak dua gol masing-masing menerusi Fermin Lopez dan Sergio Camello selain satu jaringan daripada Alex Baena.

Perancis pula meraih jaringan hasil Enzo Millot, Maghnes Akliouche dan Jean Philippe-Mateta.

Pengendali Sepanyol, Santi Denia mengakui apa yang dipamerkan oleh barisan pemain sangat luar biasa kerana bukan mudah untuk menamatkan penantian kilauan pingat emas Olimpik selama 32 tahun selepas kali terakhir bergelar juara pada edisi 1992.

“Kami semua begitu teruja kerana dapat melakar kemenangan selepas wisel penamat. Ini adalah final yang hebat dan begitu klasik kerana tentangan yang diberikan oleh Perancis sangat sengit.

“Namun, saya percaya pasukan kami lebih berhak untuk melakar kemenangan sekali gus meneruskan sejarah gemilang pasukan Sepanyol sepanjang tahun ini,” katanya.

Sementara itu, pengendali senior La Roja, Luis de la Fuente menganggap Sepanyol kini kembali ke era ‘emas’ apabila pasukan utama turut bergelar juara Euro 2024 dan skuad bawah 19 tahun (B-19) pula mendominasi Kejuaraan Euro B-19 baru-baru ini.

“Saya rasa apa yang kita pamerkan tidak mampu diulangi oleh mana-mana pasukan selepas ini. Mungkin ramai pihak tidak sedar akan pencapaian pasukan Sepanyol di peringkat antarabangsa tetapi ia rekod yang luar biasa,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI