fbpx

Olimpik Paris: Maeder akhiri kemarau pingat Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meader menepati ramalan apabila berjaya meraih pingat pada acara formula kite awal pagi tadi. - Foto oleh Reuters

MARSEILLE – Pelayar sensasi Singapura, Maximilian Maeder mengakui puas dapat menghadiahkan kilauan pingat gangsa pada Hari Kebangsaaan negara itu selepas menjuarai  acara formula kite di Marina Marseille kelmarin.

Kejayaan tersebut menyaksikan Maeder berjaya menamatkan penantian lapan tahun Singapura untuk meraih pingat dalam temasya Sukan Olimpik sejak Joseph Schooling memenangi emas acara renang 100 meter kuak kupu-kupu pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Ia adalah pingat pertama Singapura di Paris kali ini sekali gus menjadi yang keenam buat negara itu dalam sejarah penyertaan di pentas Olimpik.

Kecemerlangan atlet berusia 17 tahun itu juga bukanlah mengejutkan kerana dia merupakan juara dunia tetapi terpaksa akur dengan kekuatan Valentin Bontus dari Austria yang meraih pingat emas dan Toni Vodisek (Slovenia) memenangi perak.

Namun, Maeder mengakui agak terkilan kerana sebenarnya dia menyasarkan kilauan pingat yang lebih baik pada pentas berprestij dunia kali ini.

“Saya masih belum dapat proses apa yang berlaku tetapi ketika ini mungkin saya boleh tersenyum sedikit (berjaya meraih kedudukan podium),” katanya.

Sementara itu, ibu kepada Maeder, Hwee Keng mengakui anaknya sangat terkilan selepas gagal menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Singapura selepas dianggap sebagai pelayar pilihan utama sepanjang temasya kali ini.

“Saya sedih melihat Maeder begitu kesal selepas pertandingan kerana saya kenal anak saya. Dia mungkin kecewa kerana tidak berjaya menunaikan hasrat semua orang sedangkan dia sudah melakar sejarah baharu buat Singapura,” kata Hwee Keng. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI