fbpx

Olimpik Paris: Azizulhasni tersingkir, penyertaan dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI tersingkir daripada saringan pertama keirin lelaki selepas penyertaannya dibatalkan.

KUALA LUMPUR – Malang buat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang apabila tersingkir daripada saringan pertama acara keirin lelaki pada Sukan Olimpik Paris 2024 selepas penyertaannya dibatalkan.

Pada aksi yang berlangsung di Velodrom Saint Quentin en Yvelines, Paris sebentar tadi, bekas juara dunia itu dibatalkan penyertaan dalam saringan pertama selepas dia didakwa melintas pacer terlalu awal.

Sementara itu, pelumba Australia, Matthew Glaetzer dan Jeffrey Hoogland mara ke pusingan suku akhir selepas masing-masing menamatkan aksi saringan pertama itu di kedudukan pertama dan kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI