fbpx

Niat tangkap ikan tetapi dapat ular sawa 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR ular sawa terperangkap di dalam pukat di Agumba. - Instagram

NEW DELHI – Pegawai hidupan liar di Kampung Agumbe, negeri Karnataka menyelamatkan seekor ular sawa sepanjang 2.13 meter yang bergelut selepas terperangkap di dalam pukat ikan, lapor portal berita  India Today kelmarin.

Reptilia itu terperangkap di tebing sebatang sungai di kampung itu. 

Video menunjukkan misi menyelamat ular tersebut disiarkan di platform  Instagram oleh Ajay Giri baru-baru ini. Beliau ialah pengarah lapangan di Stesen Penyelidikan Hutan Hujan Agumbe (ARRS) yang merupakan sebuah organisasi pemuliharaan dan penyelidikan.

Penduduk tempatan ternampak ular sawa itu di tebing sungai dan memaklumkannya kepada pegawai jabatan hutan yang segera menghubungi ARRS. 

Ular itu yang baru menelan ‘sesuatu’ kerana perunnya ‘membuncit’ secara tidak sengaja terperangkap di dalam pukat ikan.

“Reptilia  itu dikeluarkan perlahan-lahan dari pukat tersebut,” tulis Ajay.

Selepas misi menyelamat selesai, ular sawa itu dilepaskan ke habitat liar di dalam hutan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI