fbpx

Liga Super: The Rhinos perlu lebih konsisten – Kim Swee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jafri Chew (tengah) berjaya mencetak nama antara penjaring Sabah FC pada aksi semalam. - Foto ihsan MFL

PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menarik nafas lega apabila pasukan berjaya meraih tiga mata penuh selepas melakar kemenangan tipis 3-2 ke atas Sri Pahang dalam aksi Liga Super semalam.

Kata Kim Swee, prestasi konsisten yang dipamerkan oleh pasukan sepanjang peringkat awal liga ketika ini wajar dipuji tetapi perjalanan masih lagi jauh.

“Jika dinilai kepada keputusan malam ini, kedudukan Sabah dalam saingan liga agak baik tetapi ia masih terlalu awal untuk saya berpuas hati dengan prestasi pasukan.

“Pada masa sama, jurang mata antara pasukan yang berada di kedudukan kedua hingga keenam begitu rapat yang memerlukan permainan konsisten dapat dipersembahkan terutama apabila beraksi di tempat lawan.

“Namun, saya gembira apabila mengekalkan kemenangan meskipun diasak tuan ruamh sehingga penghujung saingan,” kata bekas pengendali kebansgaan itu.

Pada perlawanan di Stadium Temerloh itu, skuad tuan rumah hanya memerlukan masa enam minit untuk memecah kebuntuan hasil penyudah penyerang import, Kpah Sherman selepas menerima hantaran Sergio Aguero.

Namun, keceriaan Tok Gajah tidak bertahan lama apabila penyerang Sabah FC, meraih tiga gol pantas menerusi Jafri Firdaus Chew pada minit ke-18, Farhan Roslan (m-26) dan Daniel Ting (m-35).

Sherman berjaya merapatkan kedudukan menjadi 2-3 dengan meledak gol kedua peribadi pada minit ke-48 tetapi keputusan kekal sehingga tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI