fbpx

Jenazah Noradriana selamat disemadikan di tepi pusara ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR HASYIM menyempurnakan pusara anaknya, Noradriana yang selamat disemadikan di tepi kubur arwah isterinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar hari ini.

MUAR – Jenazah Noradriana Nor Hasyim, 11, yang terkorban dalam kebakaran bersama datuk dan neneknya semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan, Pagoh di sini hari ini.

Jenazah Noradriana selamat dikebumikan kira-kira pukul 10.38 pagi di tepi pusara ibunya, Allahyarham Nurul Armizah Mohamed Nor yang meninggal dunia empat tahun lalu.

GAMBAR kenangan Noradriana bersama arwah datuk dan neneknya yang turut terkorban dalam kejadian kebakaran rumah pusaka didiami mereka di Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar, semalam.

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah Noradriana disolatkan lebih 100 ahli keluarga dan penduduk kampung pada pukul 9.58 pagi di Masjid Jamek Kampung Paya Redan, Pagoh di sini.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam, selain Noradriana, datuk dan neneknya, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan isterinya, Ara Abdul Hamid, 76, turut terkorban dalam kebakaran selepas rumah didiami mereka di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini hangus dijilat api.

Kejadian malang itu turut menyebabkan seorang lagi cucu mereka, Norazima Mohd Radhi, 14, mengalami kecederaan pada kepala dan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI