fbpx

Hujan lebat di 10 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Metrologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda 10 negeri sehingga 8 malam hari ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia menjelaskan, amaran ribut petir, hujan lebat dan anging kencang dijangka melanda seluruh negeri Kedah di kawasan Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Selain itu, cuaca sama turut melanda seluruh Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

“Di Kelantan pula melibatkan Kawasan Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Manakala di Terengganu melanda Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Dungun,” lapor MetMalaysia.

Sementara itu, di Pahang melibatkan kawasan Jerantut dan Rompin manakala di Selangor melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor serta Gombak.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga melanda Johor di Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di Sarawak turut melibatkan Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau) dan Limbang,” kata laporan itu.

Tidak ketinggalan, Sabah juga turut menerima cuaca sama melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Kudat (Kota Marudu).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI