fbpx

Guru besar rakam keterangan lepas diserang lelaki guna pisau ‘rambo’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian berkenaan. Foto IHSAN POLIS

PETALING JAYA – Guru besar wanita beri keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya selepas cedera diserang lelaki bersenjatakan pisau ‘rambo’ di Sekolah Agama Insaniah, Jalan SS5A/10, Kelana Jaya, di sini, tengah hari semalam.

Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, mangsa, 52, berbuat demikian selepas mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam.

“Seorang lagi wanita yang merupakan jurujual telefon bimbit, 26, masih mendapatkan rawatan di hospital sama kerana cedera dilibas pisau di perut dan kepala.

“Setakat ini, kita telah ambil keterangan daripada tujuh individu.

“Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) rumah berhampiran surau telah diperolehi untuk menunjukkan kereta tersebut meninggalkan kawasan surau selepas kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau lagi, pihaknya telah mengenal pasti suspek dan pasukan operasi masih dalam usaha mengesan lelaki terbabit.

“Setakat ini, kita masih belum tahu motif suspek menyerang kedua-dua mangsa,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak mengenali suspek dipercayai warga tempatan itu.

Kejadian itu disedari oleh salah seorang saksi yang juga petugas di sekolah agama terbabit apabila terdengar jeritan dari arah tandas wanita.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI