fbpx

Gadis jadi buta lepas jumpa bidan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berlian mengalami ruam merah di seluruh tubuhnya selepas mengambil ubat itu. - Sumsel Update

JAKARTA – Seorang anak gadis di Palembang, Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas kedua-dua matanya menjadi buta selepas mengambil ubat daripada bidan, lapor saluran berita Tribun semalam. 

Mangsa bernama Berlian,13, dilaporkan demam dan muntah sebelum dibawa jumpa dengan seorang bidan untuk memeriksa keadaannya.

Menurut ibu mangsa, Nila Sari, bidan tersebut memberikan enam jenis ubat dan meminta mangsa mengambilnya tiga kali sehari. 

“Mangsa hanya diperiksa di bahagian dada dan perut. Selepas itu, anak perempuan saya diberikan enam jenis ubat yang harus dimakan tiga kali sehari,” kata Nila. 

Bagaimanapun, mangsa mengalami ruam merah di seluruh tubuhnya selepas mengambil ubat tersebut. 

Lebih teruk, kedua-dua matanya menjadi terlalu bengkak sehingga tidak dapat dibuka. 

Disebabkan itu, Nila memutuskan untuk membawa anaknya ke Hospital Muhammad Hoesin di  Palembang dan mendapatkan pembedahan segera. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI