fbpx

Felcra tolak dakwaan jual kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PETALING JAYA – Felcra Berhad menolak dakwaan berkaitan penjualan kilang di bawah kendali syarikat tersebut kerana operasi hariannya masih berjalan seperti biasa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Idris Lasim mengesahkan sehingga kini tidak ada cadangan penjualan kilang dikemukakan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan.

“Felcra Berhad menjalankan operasi perkilangan dan kejuruteraan, termasuk pengoperasian kilang pemprosesan kelapa sawit.

“Terdapat lima kilang pemprosesan buah kelapa sawit yang beroperasi secara milikan penuh dan diuruskendalikan iaitu Kilang Sawit di Seberang Perak, Perak; Maran, Pahang; Sungai Melikai, Johor; Bukit Kepong, Johor dan Felcra Nasaruddin, Perak.

“Sehingga kini tiada sebarang penjualan yang berlaku terhadap kilang tersebut dan ia masih kekal beroperasi seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu’bard mendakwa Felcra dalam proses mewujudkan entiti baharu syarikat usahasama bagi memiliki kilang di bawah syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, Idris menafikan sekerasnya dakwaan di media sosial yang mengaitkan Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub dengan penjualan kilang adalah tidak benar.

“Felcra akan terus memberikan komitmen untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan bahawa kepentingan semua pihak terlibat sentiasa diutamakan demi memperkukuhkan kedudukan syarikat dalam industri pengilangan hasil agrikomodit.

“Selepas 27 tahun dikorporatkan, ia telah berjaya mengagihkan melebihi RM8.11 billion agihan keuntungan kepada hampir 107 ribu orang peserta di seluruh Malaysia.

“Felcra juga turut membangunkan tanah secara komersil serta menceburi bidang agromakanan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI