fbpx

Dua koperal dicekup peras ugut peniaga burger RM90

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Dua anggota polis ditahan selepas melakukan pemerasan terhadap peniaga burger di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) di sini, baru-baru ini.

Mereka yang berpangkat koperal daripada unit kereta peronda berusia 39 tahun ditahan bersama barangan kes kira-kira pukul 7 malam, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan menghantar pesanan burger ke pelanggannya di Bukit Tinggi di sini.

Katanya, peniaga berusia 22 tahun itu ditahan anggota yang menaiki kereta peronda kira-kira 500 meter sebelum susur masuk Bandar Puteri kira-kira pukul 1.10 pagi, Selasa lalu.

“Hasil siasatan mendapati cukai jalan motosikal mangsa tamat pada 15 Mac lalu. Anggota polis menggunakan alasan itu untuk memeras ugut bagi mengelak motosikal disita.

“Selepas berbincang, peniaga burger memasukkan wang RM90 ke dalam plastik berisi burger dan menyerahkan kepada anggota polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun, denda dan sebatan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI