fbpx

Budak 12 tahun tunggang motosikal jatuh tali air disiasat polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal roda tiga dinaiki mangsa yang terjatuh ke dalam tali air di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah dekat Bachok semalam.

 

BACHOK – Polis merekod keterangan seorang budak lelaki menunggang motosikal roda tiga yang terjatuh ke dalam tali air sehingga menyebabkan sepupunya berusia 16 bulan mati lemas di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, kanak-kanak berusia 12 tahun itu sudah diambil keterangan oleh Pegawai Penyiasat Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok di sini malam tadi.

“Siasatan mendapati, budak lelaki itu menunggang motosikal roda tiga jenis Suzuki RC110S dan membonceng enam lagi kanak-kanak. Motosikal tersebut dipercayai hilang kawalan sehingga menyebabkan bayi terbabit yang dipegang oleh abangnya berusia 8 tahun tercampak ke dalam tali air.

“Mangsa ditemui di dasar sungai oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Bachok kira-kira pukul 8.10 malam sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat. Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia akibat lemas,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohamad Ismail memberitahu, semakan mendapati cukai jalan motosikal terbabit sudah tamat tempoh dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)Akta Kanak-kanak 2001 selain Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang bayi perempuan berusia 16 bulan maut selepas motosikal roda tiga ditunggang bapa sepupunya yang berusia 12 tahun terjatuh ke dalam tali air sedalam tiga meter semasa bersiar-siar petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Mariam Afeeya Abdul Hakim meninggal dunia di lokasi kejadian kerana lemas di dasar anak sungai sebelum diselamatkan anggota bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI