fbpx

Boleh ambil kerang di Port Dickson, Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arthur ditemani Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa menyampaikan bantuan sempena Program Pesta Mengoca myKP Sungai Jerneh dan Demonstrasi Masakan Rasa-Rasa Akuakultur di Estet Ikan Kampung Sungai Jerneh, Gemencheh di sini hari ini. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan dan Melaka yang dikuatkuasakan sebelum ini ditarik serta merta.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, keputusan berkenaan diambil kerana bacaan biotoksin telah menunjukkan penurunan di bawah 400 per bilion (ppb) bagi sampel ke-15.

Bagaimanapun menurutnya, pemantauan rapi Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan analisis makmal yang konsisten akan terus dilaksnakan bagi memastikan bacaan biotoksin di tahap yang selamat bagi jaminan keselamatan makanan.

“Oleh itu aktiviti ini boleh diteruskan seperti biasa bermula sekarang. Asal sahaja sampel menunjukkan kadar ppb yang selamat, kita tiada larangan untuk apa cara dan kaedah mereka untuk menuai kerang-kerangan ini.

“Sampel seterusnya akan diambil untuk tujuan pemantauan kerana keselamatan makanan itu sentiasa menjadi keutamaan kementerian dan kerajaan. Sekiranya biotoksin itu meningkat kita akan melaksanakan semula larangan tersebut demi keselamatan orang ramai,” katanya pada Program Pesta Mengoca myKP Sungai Jerneh dan Demonstrasi Masakan Rasa-Rasa Akuakultur di Estet Ikan Kampung Sungai Jerneh, Gemencheh di sini hari ini.

Pada 4 April lalu, Jabatan Perikanan mengesahkan kupang di Port Dickson telah dicemari oleh biotoksin berbahaya dan tidak selamat dimakan selepas analisis yang dijalankan mendapati terdapat tiga alga berbahaya iaitu spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI