fbpx

Atlet kecam pingat Olimpik mudah pudar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pingat gangsa yang kelihatan mula luntur dan hilang warna. - Instagram @hotfreestyle

PARIS – Seorang atlet papan selaju Amerika Syarikat (AS) mengundang perhatian netizen selepas mendedahkan bahawa pingat gangsa yang dimenanginya mula pudar dan hilang warna, lapor saluran berita Daily Star semalam. 

Nyjah Huston berjaya menduduki tempat ketiga dalam acara akhir papan selaju jalanan lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024, pada 29 Julai lalu. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @hotfreestyle, Huston mengkritik dan mempersoalkan kualiti pingat tersebut. 

“Pingat ini kelihatan hebat apabila masih baru, tetapi menjadi teruk selepas membiarkannya melekat pada kulit saya dengan sedikit peluh dan membiarkan rakan-rakan memakainya pada hujung minggu. 

“Ia nampak tidak berkualiti tinggi seperti yang anda sangkakan,” kata Huston. 

Atlet itu turut berkata, pihak berkenaan perlu meningkat kualiti pingat Sukan Olimpik. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 394,000 tontonan bersama lebih 15,200 tanda suka. 

“Perkara ini tidak akan terjadi bila anda memenangi pingat emas,” kata seorang  netizen. 

“Walaupun gangsa, ia sepatutnya boleh tahan buat masa yang lama!” marah netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI