PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-77 hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi hantaran yang dimuat naik Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Facebook.
Di dalam hantaran itu, turut dimuat naik serangkap pantun beserta video berdurasi 2 minit 49 saat yang mengandungi ucapan beberapa jemaah menteri.
Antaranya termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Turut memberikan ucapan ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
“77 angka keramat, Iltizam membara seiring usia, Moga teguh memikul amanat, Allah berkati hidup bahagia.
“Selamat ulang tahun kelahiran buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tulisnya.
Sementara itu, Anwar menerusi hantaran di Facebooknya berkongsikan video itu sambil mengucapkan terima kasih atas ucapan yang diberi.
“Terima kasih,” tulisnya ringkas. – KOSMO! ONLINE